Salam Jumaat rakan-rakan blogger dan pembaca semua. Hari ini tidak akan ada entri yang panjang KOT kerana jadual kerja yang tersangat padat dan banyak masalah-masalah dalam jadual kerja yang perlu diselesaikan pada hari ini juga. Jika tidak selesai hari ini maka hari Isnin bercuti dalam keadaan yang tak tenteram. o_____O Almaklumlah musim cuti sekolahkan. Walau tak ada yang bersekolah tapi apa salahnya mengambil kesempatankan? hehehehe
Pejam celik... pejam celik dah habis bulan Mei dan kita melangkah ke bulan Jun. KIta dah berada ditengah-tengah tahun, Agaknya ada tak impian yang kita ingin capai pada awal tahun 2012 lalu telah tercapai? Jika belum tercapai agak-agaknya sempatke kita realisasikannya sebelum penutup 2012? Maka teruskan usaha semoga segala impian akan tercapai hendaknya.
Sebenarnya bukan nak cakap pasal impian atau masa yang kian berlari laju meninggalkan kita dibelakang tapi Queen nak kongsi dengan you all punca traffik blog Queen disepanjang bulan Mei ini. Jom kita tengok siapa yang kena ye.. (^____^)
![]() |
| Traffic May 2012 |
Nampaknya memang ada pengunjung setia dari blog my sis http://ritarazif.blogspot.com terima kasih banyak-banyak ye kak Eita sebab jadi penyumbang utama kepada traffic blog saya ni.
Ada juga blog baru yang menjadi penyumbang iaitu http://ennieramlan.blogspot.com di mana tuan empunya blog masih baru berjinak-jinak di dalam dunia blogging ni. Puan Ennie ni pandai dan mahir dalam bab-bab make up ni so sesiapa yang memerlukan khidmat jurumekap bolehlah berhubung dengan beliau yer. Oleh kerana beliau ni newbie dalam dunia blog ni Queen nak minta jasa baik you all untuk memberi sokongan. Jika ingin berkenalan bolehlah terjah blog beliau ye.. Jangan lupa FOLLOW sekali (^__^)
Antara penyumbang tetap blog Queen sepanjang 2012 ni ialah blog http://blog.penyubiru.com dan blog http://denaihati.com

















